SEJARAH KUALA LIPIS PAHANG

KUALA LIPIS 


Kuala Lipis merupakan ibu negeri Pahang yang pertama. 

Ia juga boleh dikatakan menjadi penempatan terawal di Pahang. Kedudukannya juga amat strategik iaitu di pertemuan tiga sungai iaitu Sungai Pahang, Sungai Jelai dan Sungai Lipis. Kuala Lipis dahulunya pusat perlombongan emas sebelum British tiba pada 1887. 

Pada 1898 ia menjadi ibu negeri Pahang sehingga 1953. Semasa zaman ini, bangunan penjajah utama, seperti Pejabat Daerah dan SMK Clifford yang pernah mendidik tokoh negara tersergam indah, dan Pahang Club telah dibina. Rumah Residen British di atas bukit sekarang ini menjadi hotel dan muzium. Bandar ini membesar dan maju selepas pembinaan landasan kereta api pada 1924. 

Walaubagaimanapun, pada 1953, ibu negeri telah berpindah ke Kuantan, dan Kuala Lipis tidak lagi pesat membangun. Ia sekarang menjadi peringatan zaman silam. Walaupun begitu beberapa institusi pendidikan baru seperti Institut Perguruan Tengku Ampuan Afzan, dan Maktab Rendah Sains Mara telah dibina. Sebuah bandar baru di seberang sungai Jelai sudah dibina dan mula beroperasi. 

Kuala Lipis juga merupakan daerah Parlimen Allayarham Tun Abdul Razak, Perdana Menteri Malaysia kedua, bapa kepada Perdana Menteri Malaysia terkini, YAB Datuk Seri Najib Tun Razak,Allayarham Tun Muhammad Ghazali Shafie dan juga tempat asalnya penyanyi tersohor negara, Dato' Siti Nurhaliza. 


Tempat-tempat Menarik Dan Bersejarah Bandar lama Kuala Lipis

  • Rumah Rehat (Bekas Rumah Residen Inggeris). 

- Pejabat daerah kuala lipis Landasan kereta api. SRK Clifford SMK Clifford(1913) Hutan Lipur Kenong Taman Rimba Kenong Merupakan hutan hujan tropika yang masih belum diteroka seluas 128 kilometer persegi dalam Daerah Lipis, Pahang Darul Makmur. Ia terletak di Lembah Kenong dan berkongsi sempadan dengan Taman Negara di bahagian utara dan timur. Taman Rimba Kenong terletak 32 km dari pekan Kuala Lipis dan 302 km daripada Kuantan dan juga terletak di Hutan Simpan Yong yang mempunyai jenis Hutan Dipeterokarp Bukit. Walaupun taman ini dibuka kepada orang awam, kebanyakan kawasan taman ini masih lagi belum diterokai sepenuhnya. Di sini para pengunjung dapat melihat pelbagai flora dan fauna, dari cendawan hinggalah pokok yang berpuluh meter tingginya dan dari katak bersaiz 1 sm hinggalah ke gajah. Keindahan alam yang belum tercemar, mempunyai landskap semulajadi yang masih belum diterokai serta terkenal dengan keindahan dan keunikan gua batu kapur menjadikannya salah satu destinasi tumpuan pelancong. Antara gua batu kapur yang terdapat di sini adalah Gua Batu Tinggi, Gua Batu Tangkup, Gua Batu Telahup, Gua Kesong, Gua Buta, Gua Harimau, dan Gua Hijau. Disamping itu pengunjung dapat menghayati suasana hutan dengan mendengar bunyi cengkerik dan burung enggang. Aktiviti-aktiviti rekreasi yang boleh dijalankan ialah: Jelajah Gua Batu Kapur Interpretasi Sumber Berkelah / Berenang Fotografi Aktiviti Tali ‘Cave Tubing” Berakit, Bersampan, Berkenu dan Berkayak Pemerhatian Burung / Hidupan Liar Jalajah Gunung Perkhemahan Kemudahan sedia ada: Tempat letak kereta Jambatan Gantung Pusat Penerangan Pondok rehat, bangku dan kemudahan tong sampah Papan-papan tanda dan papan tanda pokok Chalet dan dormitori Tapak perkhemahan Kemudahan tandas Denai hutan / Denai interpretasi Make Google view image button visible again: https://goo.gl/DYGbub

No comments:

Post a Comment